Rabu, 23 Jun 2010

Receptionist Naik Lemak...

Hurm ni cite pasal kat opis aku lagi la nampaknyer hehehe..Mentang2 aku ni budak baru, senang2 die nak mintak tolong kunun. Aku ok jer kalo tak membebankan. Sehari dua dia cuti, mintak aku relief keje. Ok la no hal punyer..Tapi skunk ni aku tengok dah macam nak mengarah aku la pulak..Siap tanye aku nape tak backup file..Wah nak je aku tanye "Eh job scope aku ke tu" macam siot jerk nak marah2 aku plak..Keje ko, ko buat r sendiri..BERASAP jer akuuuu...mangkuk tingkat punyer receptionist...

p/s: korang sume kalo nak jadi budak baru, jangan baik hati nak tolong orang k..


Hiasan jer, yang sebenar tak la friendly sangat grrrrhhh..


Isnin, 14 Jun 2010

Hatiku BENGANG...

Macam besalah mud bekeja di hari isnin masih mud cuti. Tapi hari ni paling bengang sekali sepanjang aku bekeja kat situ. Macam siot je mamat cina yang kunun senior dalam team aku. Nak dijadikan cite pagi ni dorang ade meeting, die pegi komplen pasal aku kat colleague aku, yang aku ni wat keje tak up to date.

Wo...pantang tok nenek aku orang komplen blakang nih. Tak puas ati cakap la depan2 ni tak, tak tau mende nak komplen2. Cam siot la tu namenyer. Nasib baik la colleague aku tu backup aku. Kalo tak lagi aku berasap. Politik abis mamat tu. Dah la kaki kipas. Aku rase nanti nak kasi hadiah KIPAS ANGIN kat die. Senang skit die kipas bos hahaha..


Ni la contoh kaki kipas cam siot hahaha..


Sabtu, 12 Jun 2010

Mulanya Cite Dorang nih....

KRU...erm sape tak kenal tu tak tau la kan. Kepada sesape yang belum kenal biar aku cite sikit lah hehe..Sebenarnye aku dah lame minat ngan kerjaya seni dorang nih. Dorang ni terdiri daripada 3 beradik iaitu (Norman) Norman bin Abdul Halim, (Yusry) Yusry bin Abdul Halim, dan (Edry) Edry bin Abdul Halim.

Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.

Ketiga-tiga adik-beradik ini menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRUSelangor Rappers Unit.

Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk ujibakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.

Kumpulan KRU (atau panjangannya Kumpulan Rap Utama ) merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.

So sekarang korang dah tau sikit-sikit pasal anak seni yang paling lame aku minat ni kan..Erm kagum sangat ngan dorang nih. Dapat jadikan minat sebagai kerjaya dan bisnes. TAHNIAH buat dorang yang tak pernah putus asa...