Sabtu, 12 Jun 2010

Mulanya Cite Dorang nih....

KRU...erm sape tak kenal tu tak tau la kan. Kepada sesape yang belum kenal biar aku cite sikit lah hehe..Sebenarnye aku dah lame minat ngan kerjaya seni dorang nih. Dorang ni terdiri daripada 3 beradik iaitu (Norman) Norman bin Abdul Halim, (Yusry) Yusry bin Abdul Halim, dan (Edry) Edry bin Abdul Halim.

Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.

Ketiga-tiga adik-beradik ini menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRUSelangor Rappers Unit.

Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk ujibakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.

Kumpulan KRU (atau panjangannya Kumpulan Rap Utama ) merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.

So sekarang korang dah tau sikit-sikit pasal anak seni yang paling lame aku minat ni kan..Erm kagum sangat ngan dorang nih. Dapat jadikan minat sebagai kerjaya dan bisnes. TAHNIAH buat dorang yang tak pernah putus asa...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan